KUALA LUMPUR – Hatrik penyerang Bergson da Silva malam tadi ketika menentang Sabah FC menjadikan jumlah jaringannya di Liga Super bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak 2021 kepada 109 gol.
Ia sekali gus menjadikan pemain berusia 34 tahun itu penjaring terbanyak Liga Super sepanjang zaman memintas rekod legenda Indra Putra Mahayuddin sebanyak 106 gol.
Penyerang kelahiran Brazil itu menyertai JDT pada Mac 2021 sebagai pemain pinjaman dan beberapa bulan kemudian ditandatangani secara tetap.
Kontrak pemain berusia 34 tahun itu bersama JDT akan berakhir pada 31 Disember ini selepas kontraknya yang tamat pada November 2022 telah diperbaharui.
Namun selepas tempoh tersebut, setakat ini masa depannya bersama kelab masih belum dapat dipastikan biarpun terdapat laporan bakal menjadi pemain Harimau Malaya di mana proses naturalisasinya masih memerlukan tempoh setahun lagi untuk diselesaikan. – MalaysiaGazette
















