Nur Alina dilaporkan hilang sejak kelmarin. Gambar: Ihsan PDRM.

KUALA LUMPUR – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja wanita yang dilaporkan hilang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan kira-kira pukul 12.40 tengahari semalam.

Katanya, remaja berkenaan dikenali dengan nama Nur Alina Abdullah yang berusia 17 tahun dan berbangsa India.

“Remaja itu memiliki fizikal dengan keadaan tubuh kurus dan ketinggian 160 sentimeter. Semasa dilaporkan hilang, remaja itu memakai tudung, kardigan dan seluar berwarna hitam dengan mengeakan baju T warna merah,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, remaja itu juga dilihat di lokasi terakhir di Jalan Harmoni Indah 1, Taman Harmoni Indah, Seri Kembangan dekat sini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hadir ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-8911 4222.

Sebagai alternatif, maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Mastura Mat di talian 011-2625 9679.

Ujarnya, segala maklumat yang diberi akan dirahsiakan bagi membantu kelancaran siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast