Lori tangki dan lori kanvas yang dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu dalam dalam serbuan di sebuah bengkel berhampiran Kampung Acheh, dekat Setiawan, Perak semalam. – Foto Facebook Pasukan Polis Marin Wilayah Satu

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu menumpaskan satu kegiatan pemindahan dan penjualan minyak sawit secara haram dalam serbuan di sebuah bengkel berhampiran Kampung Acheh, dekat Setiawan, Perak semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, operasi yang dijalankan Unit Risikan Marin (URM) menerusi Op Taring Landai itu telah membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an hingga 50-an sekitar pukul 1 tengahari.

Katanya, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati, terdapat aktiviti pemindahan minyak sawit mentah dari sebuah lori tangki ke lori kanvas, dipercayai untuk tujuan penjualan tanpa kebenaran.

“Dua buah lori, masing-masing jenis tangki dan kanvas, turut dirampas bersama kira-kira 40,000 kilogram (40 tan) minyak sawit mentah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam urusan jual beli minyak sawit secara tidak sah. Jumlah keseluruhan rampasan, termasuk kenderaan dan peralatan lain, dianggarkan bernilai RM775,620.

Kes kini disiasat di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (MPOB).

Semua barang kes telah diserahkan kepada pihak MPOB untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast