Lapangan Terbang Copenhagen, Denmark. menutup semua landasan selepas mengesan dron di ruang udara. foto Flightradar 24 Flight Spotters
COPENHAGEN – Lapangan terbang Copenhagen ditutup pada hari Isnin selepas dron yang tidak dikenali berada berhampiran menyebabkan kira-kira 15 penerbangan dialihkan.
“Ruang udara di atas Lapangan Terbang Copenhagen telah ditutup sejak 8.30 malam (1830 GMT) disebabkan oleh dua hingga tiga dron yang tidak dikenali.
“Tiada pesawat boleh berlepas atau mendarat,” kata jurucakap lapangan terbang, Lise Agerley Kurstein.
Beliau berkata kira-kira 15 penerbangan telah dilencongkan ke lapangan terbang lain.
Polis Copenhagen sementara itu berkata, “tiga atau empat dron besar” telah diperhatikan terbang di atas lapangan terbang.
“Mereka masih terbang ke sana ke mari, datang dan pergi,” Anette Ostenfeldt kepada AFP pada jam 10.45 malam (2045 GMT), sambil menambah  polis berada di lapangan terbang untuk menyiasat.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengatakan sama ada dron itu milik tentera atau awam.
“Tetapi ia lebih besar daripada apa yang anda sebagai individu persendirian boleh beli,” kata Ostenfeldt.
Pegawai lapangan terbang berkata, lapangan terbang itu akan kekal ditutup sehingga situasi itu diselesaikan.
“Pada masa ini kami tidak mempunyai garis masa untuk buka semula lapangan terbang,” kata Kurstein. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast