Sebanyak 232 kotak produk sejuk beku pelbagai jenama dirampas PPM dalam operasi di sebuah rumah di Jalan Tokong Cina, Beaufort – FOTO: Ihsan PPM

KUALA LUMPUR – Sejumlah 232 kotak produk sejuk beku pelbagai jenama tanpa lesen dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah di kawasan Jalan Tokong Cina, di Beufort, Sabah semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, serbuan yang dilakukan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)  kira-kira 2 petang itu dijalankan hasil maklumat orang awam.

“Maklumat membawa kepada serbuan sebuah rumah yang dipercayai menjalankan penyimpanan produk sejuk beku tanpa lesen. 

“Serbuan membawa kepada rampasan berjumlah RM132,905 dengan kes disiasat di bawah Enakmen Haiwan 2015,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang awam bagi menyalurkan maklumat aktiviti yang melanggar undang-undang serta komited membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast