Datuk ir. Raazali Kassim menyempurnakan Majlis Penyerahan Inisiatif Makmur Pahang (IMP) 2025 bagi golongan Petani dan Nelayan di daerah Rompin berlangsing di Dewan Terbuka Kuala Rompin pada semalam.

KUANTAN – Seramai 343 penerima daripada sektor pertanian, penternakan dan perikanan daerah Rompin menerima Inisiatif Makmur Pahang (IMP) 2025 dengan masing-masing menerima wang sebanyak RM200.

Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim berkata, daripada jumlah itu 136 orang adalah petani dan baki 207 orang merupakan nelayan.

”Sumbangan ini akan memanfaatkan ramai golongan petani dan nelayan yang berdaftar daripada pelbagai jabatan dan agensi seperti Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Jabatan Perikanan Negeri Pahang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Majlis Penyerahan IMP 2025 bagi golongan Petani dan Nelayan untuk daerah Rompin berlangsung di Dewan Terbuka Kuala Rompin, semalam.

Inisiatif berkenaan diperkenalkan pada tahun 2020 dan pada tahun ini, Kerajaan Negeri menjenamakan semula Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada IMP.

Pada tahun ini, sebanyak RM50.54 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program-program di bawah IMP melibatkan pelbagai kluster.

Belanjawan Negeri Pahang 2025 memperuntukkan RM1.075 juta bagi pelaksanaan IMP Petani dan RM610,000 bagi pelaksanaan IMP Nelayan Tahun 2025.

Razali berharap inisiatif tersebut dapat meringankan beban serta menyuntik semangat kepada petani, penternak dan nelayan di daerah Rompin untuk terus maju dan berjaya selari dengan aspirasi Pahang 1st.

Ir. Razali turut menyampaikan sumbangan I.M Pahang Kluster Siswa membabitkan seramai 465 mahasiswa di Rompin

Sementara itu, Razali menyampaikan sumbangan IMP Kluster Siswa membabitkan seramai 465 mahasiswa yang mana 225 pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah dan 240 pelajar dari DUN Bukit Ibam, dengan setiap orang menerima wang RM400.

Tambahnya inisiatif tersebut merupakan bantuan untuk mahasiswa Pahang yang sedang melanjutan pengajian di universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri Pahang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast