Dr Muhammad Akmal Saleh.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menegaskan, beliau tidak tunduk terhadap naratif Pas berhubung isu Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) seperti yang didakwa DAPSY.

Sebaliknya ADUN Merlimau itu menjelaskan, pendirian beliau berhubung RUU berkenaan adalah demi kepentingan rakyat dan bukannya pemaju hartanah semata-mata.

“Kita tidak setuju sebab ada perkara yang perlu ditolak dan ada perkara yang perlu ditambah baik untuk rakyat.

“Sebab itu UMNO tubuhkan jawatankuasa dan akan buat Konvensyen Melayu bandar pada 3 Oktober ini bagi membincangkan URA (RUU PSB) untuk cari cadangan dan idea yang terbaik untuk rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/09/24/ruu-psb-dapsy-anggap-akmal-tunduk-naratif-pas/

Terdahulu DAPSY dalam kenyataannya mendakwa Akmal tunduk terhadap naratif Pas dalam menentang RUU PSB.

Malah Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan Ho Chi Yang menyifatkan Akmal sebagai talam dua muka kerana tindakan dan kenyataan beliau berhubung RUU tersebut bertentangan.

Dalam pada itu, Akmal menasihatkan pemimpin DAPSY untuk menggunakan akal fikiran yang baik untuk berfikir bagi manfaat rakyat dan bukannya mengikut sahaja seperti lembu dicucuk hidung. -MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast