Tangkap layar video tular membabitkan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh di Bayan Lepas.

BALIK PULAU – Seorang lelaki tempatan yang ditahan polis kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah stor kedai mainan kanak-kanak di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek berusia 32 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Balik Pulau untuk didakwa esok,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Media pada Isnin lalu melaporkan suspek ditahan polis di hadapan sebuah restoran nasi kandar di sini pada Ahad lalu susulan video kejadian tersebut tular di media sosial.

“Hasil siasatan mendapati mejadian berlaku pada 19 September lalu di tingkat lima bangunan tersebut apabila mangsa didatangi suspek yang tidak dikenalinya.

“Suspek dipercayai mengganggu mangsa dengan cuba mengajak melakukan hubungan seks.

“Perbuatan itu turut disaksikan seorang lagi pekerja wanita dan dirakam melalui kamera litar tertutup premis berkenaan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast