KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan struktur kediaman, gerai dan stor tanpa kelulusan di Jalan Kelapa Muda, Segambut.
Operasi itu dilakukan bersama Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWPKL), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Air Selangor Sdn. Bhd. dan Polis Diraja Malaysia.
Menurutnya, tindakan penguatkuasaan bersepadu ini dilaksanakan setelah pemilik struktur ingkar dengan amaran dan Notis Penguatkuasaan DBKL berkaitan kesalahan serta tiada sebarang kelulusan dan premis dihuni oleh warga asing.
DBKL berkata, tindakan itu melibatkan tiga buah rumah (12 unit bilik), sebuah kedai dan sebuah stor barangan yang didirikan tanpa kebenaran di atas rizab awam termasuk pemotongan bekalan elektrik oleh TNB setelah kesemua premis dikosongkan.
Menurutnya, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa. – MalaysiaGazette
















