KUALA LUMPUR – Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 36.8 peratus, diikuti oleh Johor (20.8%), Selangor (17.3%), Sarawak (6.2%) dan Kuala Lumpur (4.3%) bagi bulan Ogos 2025.
Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM247.1 bilion pada Ogos 2025 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM131.6 bilion dan RM115.5 bilion.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, eksport Malaysia pada Ogos 2025 mencapai RM131.6 bilion, mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak RM2.5 bilion (+1.9%).
Peningkatan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di Pulau Pinang (+RM5.9 bilion), Johor (+RM1.0 bilion), Sabah (+RM355.3 juta), Labuan (+RM80.7 juta), Melaka (+RM48.4 juta), Kelantan (+RM37.7 juta) dan
Perlis (+RM5.9 juta).
Bagaimanapun, nilai eksport menurun di Kedah sebanyak RM1.4 bilion, Sarawak (-RM1.1 bilion), Pahang (-RM553.8 juta), Terengganu (-RM411.9 juta), Perak (-RM405.5 juta), Negeri Sembilan (-RM339.5 juta), Selangor (-RM263.0 juta) dan
Kuala Lumpur (-RM197.4 juta).
Mengulas lanjut mengenai prestasi import, Mohd Uzir Mahidin berkata, import pada bulan Ogos 2025 menurun RM7.3 bilion (-5.9%) berbanding bulan yang sama pada tahun 2024.
Penurunan import disebabkan oleh import yang lebih rendah di kebanyakan negeri iaitu Kedah (-RM4.9 bilion), Melaka (-RM1.3 bilion), Pahang (-RM1.0 bilion), Johor (-RM949.8 juta), Sabah (-RM862.5 juta), Kuala Lumpur (-RM859.2 juta), Negeri Sembilan (-RM418.0 juta), Sarawak (-RM380.8 juta), Terengganu (-RM348.0 juta), Perlis (-RM78.8 juta), Labuan (-RM50.6 juta) dan Kelantan (-RM6.1 juta).
Namun, nilai import meningkat di Pulau Pinang sebanyak RM3.2 bilion, Perak (+RM125.5 juta) dan Selangor (+RM0.1 juta).
Selangor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 27.2 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (25.1%), Johor (22.1%), W.P. Kuala Lumpur (7.6%) dan Kedah (4.7%). – MalaysiaGazette















