logo gari
Gambar hiasan.

TAIPING – Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan dengan lelaki warga Indonesia di Taman Glenview, Kamunting di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden pergaduhan tersebut sekitar jam 1.12 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek, seorang lelaki berusia 24 tahun yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol, telah mencederakan mangsa iaitu seorang lelaki warga Indonesia berusia 30 tahun.

“Kedua-dua mereka saling mengenali dan bekerja sebagai buruh kontrak.

“Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Taiping,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Suspek telah ditahan dan direman selama tujuh hari bermula 27 September hingga 3 Oktober untuk membantu siasatan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast