Masalah brek sebuah lori dipercayai menjadi punca kemalangan maut membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, semalam. Siasatan awal polis mendapati lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Semenyih menuju Putrajaya sebelum merempuh tiga kenderaan lain selepas breknya gagal berfungsi.















