Keadaan motosikal yang ditemukan bersama mayat reput di Kampung Tanjung Lengkong, Rantau Panjang, Selama pagi tadi. Foto Orang Awam

LARUT – Seorang operator jengkaut yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di bahu jalan terkejut apabila menemui mayat dalam keadaan reput bersama sebuah motosikal di dalam parit di tepi jalan Kampung Tanjung Lengkong, Rantau Panjang, Selama dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintenden Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat tersebut sekitar jam 11.45 pagi.

“Setelah pemeriksaan dilakukan, terdapat mayat dalam keadaan reput berhampiran motosikal berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, semakan rekod pendaftaran mendapati, motosikal tersebut digunakan seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang pada 8 September lalu.

“Mayat tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Selama dan akan dibedah siasat esok (Rabu),” ujarnya.

Katanya, pihak polis masih menunggu keputusan bedah siasat daripada pihak forensik bagi mengesahkan identiti mayat tersebut.

Sebelum ini, seorang wanita warga emas berusia 60 tahun dilaporkan hilang dan dilihat kali terakhir pada 8 September lalu sekitar jam 5.45 petang berhampiran sebuah kedai makan di kawasan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast