ALOR SETAR – Sebanyak 110,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 6 Oktober bermula 10 malam hingga 11.30 malam 7 Oktober depan.

SADA dalam kenyataan memaklumkan, gangguan bekalan air itu berpunca daripada  pengurangan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang disebabkan oleh kerja-kerja pengalihan kabel 11KV pada laluan bawah tanah sepanjang 250 meter.

“Bagi daerah Kota Setar dan sebahagian kawasan Pendang meliputi sepanjang Jalan Alor Mengkudu ke Kuala Kedah, Pekan Simpang Kuala ke Tandop, Simpang Jalan Masjid Aman ke susur keluar Tol Alor Setar Selatan, Simpang Masjid Aman ke MADA Ampang Jajar, Pekan Langgar ke Pekan Tanah Merah Pendang serta Pekan Tanah Merah Pendang ke Simpang Empat Kangkong.

“Turut terjejas ialah kawasan sepanjang Jalan Kepala Batas ke Anak Bukit, Telaga Emas, Kampung Alor Senja, Belukar, Kampung Titi Besi, Bukit Teriak, Bangunan Pentadbiran Persekutuan, Jalan Empa KDN Anak Bukit, Stesen Keretapi Anak Bukit, Taman Derga Jaya serta Lapangan Terbang Kepala Batas dan kawasan sekitar Sanglang,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Sementara itu, bagi daerah Kubang Pasu, Ayer Hitam dan Pokok Sena, gangguan membabitkan keseluruhan Pekan Jitra, Jalan Bukit Wang, Jalan Wang Tepus, Jalan Lubuk Kawah, Jalan Jitra ke Kodiang, Jalan Kodiang ke Changloon, Jalan Bemban dan sekitar Tunjang.

“Kawasan lain yang turut terkesan ialah Jalan Pekan Napoh ke Padang Sera, Padang Asun ke Telok Tenggiri, Jalan Lamterom, keseluruhan Ayer Hitam, Simpan Tobiar ke Pekan Kubur Panjang, KEDA Lengkuas, keseluruhan Megat Dewa, Kuala Jerlun, Kampung Tepi Laut Jerlun ke Kuala, kawasan Kuala Sanglang serta keseluruhan Sanglang dan kawasan sekitarnya.

“Kita memohon maaf atas kesulitan yang akan dihadapi pengguna,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast