KUALA LUMPUR – Pelakon, Nadzmi Adhwa tidak dapat menahan sebak ketika berbual dengan isterinya, Ardell Aryana yang kini dilaporkan semakin menghampiri zon merah dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Menerusi siaran langsung di TikTok semalam, Nadzmi menitiskan air mata ketika memberi kata-kata semangat kepada Ardell yang berada jauh daripadanya.
Dalam perbualan itu, Ardell turut menitipkan doa agar perniagaan mereka terus dilimpahkan rezeki seiring dengan kesungguhan Nadzmi mempromosikan produk jualan.
Walaupun cuba menahan sebak, pelakon itu sempat menenangkan isterinya sambil ditemani anak mereka.
“Awak yang kena jaga diri. Sikit lagi nak sampai. Mesti akan sampai,” katanya.
Tinjauan ke ruangan komen mendapati, ramai mengakui turut sebak mendengar perbualan pasangan itu selain kagum dengan kekuatan mereka.
Antara komen netizen termasuk, “Kalau ingat balik kisah sebelum mereka kahwin, lama Nadzmi perlu tunggu Ardell menerima lamaran dia”.
“Antara air mata yang paling mahal dari seorang lelaki, redha dengan perjuan isteri demi saudara Islam”.
“Redha seorang suami sangat penting, tak semua suami sanggup mampu lepaskan orang yang tersayang terutama isteri untuk berjuang sekental ini. Mereka berdua luar biasa”.
Perkongsian berkenaan segera menarik perhatian netizen yang rata-rata mendoakan kesejahteraan Ardell serta keselamatan seluruh sukarelawan GSF. – MalaysiaGazette
















