Para petugas media bersama petugas di Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mula berkumpul sejak awal petang bagi memastikan setiap perkembangan misi dapat dipantau dengan teliti. Tumpuan kini diberikan kepada perjalanan kapal Sumud Flotilla yang dijangka memasuki zon merah pada jam 9 malam waktu Malaysia. Suasana di SNCC penuh dengan debaran dan doa, tatkala semua pihak bersiap siaga untuk menerima sebarang maklumat terkini daripada pasukan delegasi di lapangan.















