PUTRAJAYA – Timur Leste akan diiktiraf sebagai negara anggota ASEAN ke-11, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Katanya, pengiktirafan itu akan dibuat pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, 26 Oktober akan datang.
“Ini adalah bukan hanya (susulan) lawatan yang dilakukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tapi juga mengeratkan hubungan di antara kedua-dua negara,”katanya ketika sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.
Terdahulu beliau menyifatkan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Timor Leste pada 23 dan 24 September lalu merupakan detik bersejarah untuk kedua-dua negara.
“Ia merupakan satu lawatan yang sangat bersejarah, kali terakhir seorang Perdana Menteri menjejak kaki ke Timor Lesse pada 2003 waktu Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri),” jelasnya.
Lawatan Anwar baru-baru ini ke Timor Leste bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Dalam masa yang sama Malaysia antara negara yang menyokong penyertaan negara itu sebagai anggota ke-11 ASEAN.-MalaysiaGazette
















