KUALA LUMPUR – Seramai 1,287 graduan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) terdiri daripada 1,111 pelajar antarabangsa dan tempatan menerima sijil dan ijazah dalam Majlis Konvokesyen Ke-5 baru-baru.
Majlis itu menyaksikan penganugerahan ijazah dan sijil kepada graduan pelbagai peringkat termasuk 225 doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana (349) dan 713 ijazah sarjana muda dengan terdiri pelajar tempatan serta luar negara.
Istiadat konvokesyen tersenut turut disertai 22 pelajar antarabangsa secara maya.
“Secara keseluruhan, 115 graduan antarabangsa diraikan pada majlis kali ini mewakili pelbagai negara dari rantau Asia, Timur Tengah dan Afrika.
“Kepelbagaian ini bukan sahaja menonjolkan reputasi antarabangsa MEDIU, bahkan menegaskan peranan universiti sebagai pusat pertukaran budaya, pengembangan ilmu dan rangkaian global,” katanya MEDIU dalam satu kenyataan hari ini.
Putera Khalid Bin Bandar Al Saud hadir pada majlis konvensyen itu sebagai memberi penghormatan besar kepada MEDIU dan menjadi lambang eratnya hubungan pendidikan serta budaya antara Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi.
Sementara iti, majlis konvokesyen itu memberi penghormatan kepada tokoh pelajar cemerlang apabila Anugerah Pembelajaran Sepanjang Hayat telah diberikan kepada Abd. Rahim. Aw. Kechik.
Graduan berusia 74 tahun berjaya menamatkan pengajian Sarjana dalam bidang Tafsir dan Ulum al-Quran (Kerja Kursus dan Kertas Projek/Kajian Kes) walaupun tidak mempunyai latar belakang akademik dalam pengajian Islam sebelum ini serta mengikuti program sepenuhnya dalam bahasa Arab.
Anugerah Pengerusi pula telah diberikan kepada Nor Adilah Mohd Yusuf iaitu graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa (Kepujian) dalam Bahasa dan Kesusasteraan Arab yang kini berkhidmat di MEDIU sebagai Penolong Pendaftar di Jabatan Pelajar Antarabangsa. – MalaysiaGazette

Abd. Rahim Awang Kechik.
















