Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares

MADRID – Sepanyol memanggil utusan tertinggi Israel di Madrid selepas ia kecewa pasukan tentera Israel (IDF) bertindak memintas kapal dan menahan aktivis yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, hari ini.

“Hari ini saya memanggil chargé d’affaires di sini,” kata Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Albares kepada penyiar awam TVE, di Madrid, hari ini.

Beliau turut memaklumkan seramai 65 rakyat Sepanyol menyertai flotila yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza di samping memecahkan kepungan Israel terhadap wilayah itu.

Untuk rekod, Israel telah menarik balik duta besarnya ke Madrid tahun lalu selepas Sepanyol mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Berita lanjut menyusul. -AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast