Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Anthony Tan, Pengasas-bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Grab Holdings Inc. (Grab) serta delegasi. 2 Oktober 2025. IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri.

KUALA LUMPU – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syarikat multinasional yang mempunyai kapasiti besar seperti Grab Holdings Inc. (Grab), berperanan penting dalam mencipta pekerjaan berpendapatan tinggi.

Beliau berkata syarikat multinasional, juga berperanan penting dalam menyokong pembangunan kapasiti berkaitan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

“Kerajaan mengalu-alukan komitmen dan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan ini, agar kebajikan pemandu dan penunggang Grab adalah terjamin,” kata beliau dalam hantaran di Facebook.

Menerusi hantaran itu, Anwar berkata beliau menerima kunjungan hormat Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Grab Anthony Tan serta delegasi, petang tadi.

Anwar berkata dalam kunjungan itu, beberapa perkara turut dibincangkan termasuk pelaksanaan subsidi petrol bersasar menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95), yang memberi manfaat terus kepada pemandu e-panggilan dengan membantu mengurangkan kos operasi harian mereka.

Langkah ini bukan sahaja meringankan beban, malah memperkukuh peranan sektor e-panggilan sebagai komponen penting dalam sistem pengangkutan awam negara.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast