Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO petang ini bermesyuarat di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi membincangkan isu-isu semasa.

Mesyuarat yang bermula pukul 3 petang itu dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Difahamkan, antara perkara utama yang dibincangkan iaitu berhubung Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar (PSB), nasib yang dialami sukarelawan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Antara yang dlihat hadir naib-naib presiden parti, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri  Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Turut hadir, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast