Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar universiti berusia 17 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Cyberjaya petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai seorang lelaki tidak sedarkan diri di tingkat lapan bangunan berkenaan pukul 3.18 petang.

Menurut beliau, pemeriksaan awal mendapati mangsa sudah tidak bernyawa ketika ditemui dan pasukan paramedik yang tiba di lokasi kemudian mengesahkan kematian remaja tersebut.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk tujuan bedah siasat,” katanya kepada media ketika dihubungi.

Norhizam memaklumkan, mangsa adalah seorang pelajar di sebuah universiti tempatan dan tiada sebarang unsur jenayah ditemui setakat ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu bagi menghormati keluarga mangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast