KUALA LUMPUR – Seorang penghantar makanan dicekup berkhalwat dengan seorang wanita berstatus janda anak satu di sebuah hotel di Johor Bahru, malam tadi.
Serbuan dilakukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira jam 11.30 malam selepas pintu bilik yang diketuk berulang kali hanya dibuka lebih 10 minit kemudian oleh wanita berkenaan.
“Pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki berada di dalam bilik tersebut.
“Tiada makanan atau bekas ditemui di lokasi, malah semakan aplikasi juga mengesahkan tiada sebarang pesanan dibuat,” katanya.
Jelas agensi itu, kedua-duanya kemudian dibawa ke pejabat JAINJ untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette















