Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris merasmikan Hari Terbuka Pangkalan Udara Subang Sempena Hut ke-40 Jubli Delima di Pangkalan Udara Subang. Foto AIZAT ZAINAL, 04 OKTOBER 2025

SHAH ALAM – Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang  yang kini mencecah usia 40 tahun masih kekal relevan menjadi lokasi operasi strategiknya bagi tempoh masa yang panjang.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, ini kerana fungsi dan kemampuannya melaksanakan tugas sebagai pangkalan udara bukan hanya untuk menyedia, mengurus malah mengoperasikan pesawat-pesawat yang terlibat dalam misi-misi di peringkat dalam negara dan antarabangsa.

“Pangkalan ini tetap gagah meskipun menjejak usia 40 tahun dan akan terus melaksanakan misi-misi yang dilaksanakan menerusi tugas-tugas strategik berkaitan pesawat.

“Pangkalan ini akan relevan pangkalan strategik pengangkutan untuk satu jangka masa yang lama,” katanya ketika ditemui di Hari Terbuka sempena Ulang Tahun Ke-40 Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Menurut beliau, sehingga kini pangkalan udara berkenaan masih beroperasi secara rutin dengan efisien berdasarkan spesifikasi tugasan yang tertentu.

” Terutama (kalau) kita tengok kepada fungsi dan tugasnya. Pangkalan ini merupakan, pangkalan strategik. Secara tepat, setakat ini untuk tugasan logistik dalaman, rutin operasi adalah dua kali seminggu dan yang berdasarkan spesifikasi tugasan,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Norazlan sebelum merasmikan majlis sambutan, membuat kejutan apabila melakukan aksi “abseiling” ketika menyertai demonstrasi menyelamatkan tebusan.

Program ini adalah untuk merapatkan dan mengukuhkan hubungan antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan masyarakat serta memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali lebih dekat peranan, aset-aset udara serta keupayaan operasi yang dimiliki.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang menjadi perhatian para pengunjung ialah demonstrasi menyelamat tebusan oleh PASKAU, persembahan menarik oleh Muzik Kesenian (MUKES) TUDM, Fire Fighter Show oleh dan pelbagai reruai pameran serta gerai jualan.

Selain itu, aset-aset udara yang turut dipamerkan dalam pameran static antaranya, Sukhoi Su-30MKM; F/A-18D Hornet; Hawk; A400M dan BD 700 Global Express. –  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast