JERANTUT – Lebih 100 penduduk empat taman perumahan di Jerantut menyertai program Fun Walk anjuran Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Bandar (JPKB) Zon 3 Majlis Daerah Jerantut hari ini.
Program itu memerlukan peserta berjalan kaki sejauh lima kilometer mengelilingi empat taman perumahan iaitu Taman Sri Tahan, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Pedah dan Taman Pine di Jerantut.
Ketua Zon 3 JPKB, Datuk Rozilan Salleh merakamkan penghargaan kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam program julung kali diadakan itu.

“Kita berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang selain menjadi platform kepada penduduk untuk mengadu permasalah dan aduan-aduan kepada pihak MDJ,” katanya yang juga Ahli Majlis MDJ ketika berucap merasmikan majlis penutup program berkenaan di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha MDJ, Khasrin Abdullah, Ahli-Ahli Majlis dan kakitangan MDJ serta Pengerusi Zon 3 JPKB, Suhaimi Yaakob.
Turut diadakan pameran oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). – MalaysiaGazette
















