Onn Hafiz ketika bertemu seorang penerima dalam Majlis Bantuan Kasih Johor 2025 Siri 2 di Dewan Terbuka, Kampung Baru Simpang Renggam, Kluang, semalam.

JOHOR BAHRU – Lebih 170,000 rakyat menerima bantuan tunai sekali bayar (one-off) bernilai antara RM200 hingga RM300 seorang menerusi Bantuan Kasih Johor 2025.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia meliputi pelbagai segmen masyarakat daripada pelajar, petani dan pesara termasuk usahawan kecil serta petugas barisan hadapan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berkata, bagi Parlimen Simpang Renggam yang merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dan DUN Layang-Layang turut mendapat manfaat.

“Seramai 3,500 penerima manfaat telah disantuni dengan peruntukan sebanyak RM919,600 melalui Siri 1 dan Siri 2 Program Bantuan Kasih Johor dalam memastikan agar tiada rakyat Johor dipinggirkan daripada arus pembangunan.

“Inisiatif ini termasuk 1,709 ibu tunggal di bawah Insentif Pesona Ibu Tunggal (i-Pesona) dengan bantuan one-off RM300 setiap seorang,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, 408 warga emas menerima sumbangan tunai RM200 setiap seorang manakala 775 penerima terdiri daripada petani, penternak, nelayan serta keluarga Orang Asli menerima bantuan one-off RM200 setiap seorang.

Begitu juga 508 pemandu e-hailing, p-hailing dan teksi, masing-masing menerima RM200 setiap seorang.

Sementara 154 pekerja pembersihan (SWM) menerima insentif one-off RM200 setiap seorang, katanya.

“Seramai 11 usahawan kecil wanita menerima bantuan Skim Peralatan Asas Perniagaan berjumlah RM38,500,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. saya tidak dapat bantuan kasih Johor pun, dato’ on Hafiz. pesara ATM, berpencen sekitar 300 sebulan Dan pemegang kad JKM oku mental. dah lah bantuan JKM tidak tahu keputusannya. lbih 10 tahun kot nunggu..

Comments are closed.