Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir
KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah yang sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya negeri, kata Ketua Penerangan BN Sabah, Datuk Suhaimi Nasir.
Menurutnya, jentera di semua kawasan DUN telah disusun rapi, data akar umbi diperkuat, dan strategi komunikasi diperhalus bagi memastikan setiap isu rakyat diangkat dan ditangani secara berkesan.
Katanya, BN parti ini akan memasuki gelanggang PRN kali ini dengan keyakinan, pengalaman dan iltizam yang kukuh.
Jelasnya, sejak dahulu, BN telah membina asas kemajuan Sabah, daripada sekolah dan jalan kampung, hinggalah ke universiti, pelabuhan dan institusi pendidikan tinggi.
Kini, selepas tempoh ketidaktentuan, BN Sabah tampil dengan tekad untuk memulihkan keyakinan dan mengembalikan hala tuju pembangunan negeri.
“Rakyat Sabah tidak memerlukan janji baharu, tetapi kepimpinan yang berpengalaman, yang tahu bekerja, tahu memimpin dan memahami denyut nadi rakyat.
“BN Sabah tidak menjanjikan bulan dan bintang sebaliknya, menjanjikan kestabilan, kerja keras dan hala tuju yang jelas. BN Sabah kekal berpegang kepada prinsip kestabilan, perpaduan dan pembangunan menyeluruh.
“Inilah masanya untuk Sabah bangkit semula dengan kepimpinan yang tahu apa yang perlu dilakukan dan mempunyai kekuatan serta keikhlasan untuk melaksanakannya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata, kestabilan bukan sekadar slogan tetapi adalah asas utama bagi memastikan pembangunan negeri dapat diteruskan secara tersusun dan berterusan.
Menurut beliau, rakyat memerlukan kerajaan yang tenang ketika krisis, tegas ketika diuji, dan sentiasa bekerja demi kepentingan rakyat, bukan kepentingan politik.
Mengulas lanjut, beliau berkata, fokus BN kekal konsisten terhadap tiga keutamaan Utama iaitu mengembalikan kestabilan dan keyakinan terhadap pentadbiran negeri, memperkukuh hubungan Persekutuan–Negeri agar suara Sabah dihormati dan diutamakan dan menjana ekonomi rakyat melalui pembangunan luar bandar, peluang pekerjaan dan infrastruktur asas.
“Sejak dahulu, BN telah membina asas kemajuan Sabah, daripada sekolah dan jalan kampung, hinggalah ke universiti, pelabuhan dan institusi pendidikan tinggi. Kini, selepas tempoh ketidaktentuan, BN Sabah tampil dengan tekad untuk memulihkan keyakinan dan mengembalikan hala tuju pembangunan negeri,” tambahnya.
Oleh itu, rakyat Sabah tidak memerlukan janji baharu, tetapi kepimpinan yang berpengalaman, yang tahu bekerja, tahu memimpin dan memahami denyut nadi rakyat.
BN Sabah tidak menjanjikan bulan dan bintang sebaliknya, menjanjikan kestabilan, kerja keras dan hala tuju yang jelas.
BN Sabah kekal berpegang kepada prinsip kestabilan, perpaduan dan pembangunan menyeluruh. Inilah masanya untuk Sabah bangkit semula dengan kepimpinan yang tahu apa yang perlu dilakukan dan mempunyai kekuatan serta keikhlasan untuk melaksanakannya, ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast