Gambar : IPD Maran

KUANTAN – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Besar Jengka-Jerantut tengah awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.25 pagi.

“Siasatan awal mendapati, MPV jenis Nissan Serena dipandu seorang pekebun berusia 21 tahun dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala ke Sungai Jerik sedang membelok ke simpang kanan untuk masuk ke stesen minyak Shell di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, motosikal jenis Suzuki FU150 dinaiki mangsa datang dari arah bertentangan telah melanggar pada bahagian hadapan kiri MPV tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Disebabkan kemalangan itu, mangsa, Muhammad Amirul Hakimee Mohd Hilmi, 23, yang bekerja sebagai kelindan lori meninggal dunia di tempat kejadian dan  dibawa ke Hospital Jengka untuk proses bedah siasat.

Kim Wai berkata, hasil siasatan awal turut mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu MPV ketika hendak masuk simpang.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast