KUALA LUMPUR – Aktivis Farah Lee yang turut serta dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) mengajak semua rakyat Malaysia untuk memakai baju T putih sebagai hijab ketika hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam ini.

Katanya, ini adalah bagi menunjukkan sokongan moral kepada wanita Palestin yang terus berjuang melawan penindasan rejim Israel.

“Tentera Israel sangka mereka sudah menjatuhkan maruah wanita Muslim tetapi mereka lupa, selagi ada sehelai benang pada tubuh, wanita Muslim akan tetap berusaha menutup auratnya dengn penuh harga diri.

“Tindakan mereka tidak akan mematahkan semangat, sebaliknya menjadi modal untuk kita bersolidariti,” katanya menerusi hantaran di Instagram, hari ini.

Farah yang juga seorang pempengaruh media sosial bakal tiba di KLIA kira-kira jam 10 malam bersama 22 lagi delegasi Malaysia yang menyertai GSF. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast