KUALA LUMPUR – Sempena perayaan Deepavali tidak lama lagi, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dengan kerjasama KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) akan menyediakan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma bagi kawasan perumahan teres.
Perkhidmatan ini akan dilaksanakan oleh pihak KDEBWM bermula 10 Oktober hingga 19 Oktober 2025 dan keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang menyambut perayaan Deepavali.
Kutipan sampah pukal ini hanya melibatkan kategori seperti tilam, perabot lama, dan seumpamanya.
“Namun, adalah ditegaskan bahawa sampah ubah suai rumah, pindah rumah, barangan elektrik serta barang kitar semula adalah tidak termasuk di dalam perkhidmatan ini,” katanya dalam kenyataan di sini.
Tambah MBSJ, permohonan perkhidmatan kutipan sampah pukal boleh dilaksanakan terus melalui KDEBWM di
talian 03-80814437 atau aplikasi WhatsApp di talian 011 35384437 bermula 06 Oktober hingga 15 Oktober 2025.
Sebagai makluman, pemohon akan dihubungi oleh pihak KDEBWM bagi menetapkan tarikh pelaksanaan kutipan dan dikehendaki meletakkan sampah pukal masing-masing di hadapan rumah seterusnya kutipan akan dilaksanakan boleh pihak kontraktor KDEBWM pada tarikh yang telah ditetapkan. – MalaysiaGazette
















