Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terkini kapal Conscience berlayar ke Gaza di Pejabat HQ Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 6 OKTOBER 2025

SERI KEMBANGAN – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengesahkan Menteri Luar Negeri Turki, Hakkan Fidan telah dimaklumkan untuk membawa pulang sembilan rakyat Malaysia bersama 21 orang delegasi negara itu yang menyertai Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) pulang bersama ke Istanbul.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan perkara berkenaan kepada Menteri Luar Turki.

Sehingga jam ini, kami dimaklumkan 145 delegasi dari 25 buah negara termasuk sembilan delegasi Malaysia akan mengambil masa 10 hingga ke 11 jam untuk sampai di Pelabuhan Ashdod,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat MyCare, petang ini.

Terdahulu Kamarul Zaman berkata, pihaknya menjangkakan komunikasi dengan semua delegasi Malaysia yang kini ditahan oleh tentera Israel sejak pagi tadi akan terputus lebih lama.

Dalam masa yang sama tambah beliaukelajuan kapal juga dijangka akan lebih perlahan kerana rejim Israel ingin memastikan delegasi tiba pada waktu malam.

Beliau berharap supaya urusan pembebasan akan dapat diselesaikan dengan segera agar peserta misi kemanusian khususnya rakyat Malaysia tidak ditahan lebih lama di bawah rejim zionis.

“Kita tidak mahu urusan berlaku sehingga hujung minggu sebab itu alasan untuk tahanan lebih lama Alhamdulillah dengan persetujuan Kerjasama dengan Turki mungkin usaha itu sama seperti bebaskan peserta sumud flotilla,” ujarnya.

Pada 10.50 pagi waktu Malaysia hari ini, seramai sembilan rakyat Malaysia yang menyertai FFC X TMG disahkan ditahan oleh tentera Israel. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast