Tok Batin, Uda Ngon melakukan kerja menoreh getah diladang getah yang terletak di Kampung Arong, Chini, Pahang. foto arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Eksport getah asli Malaysia pada bulan Ogos 2025 berjumlah 39,419 tan metrik, meningkat 6.0 peratus  berbanding Julai 2025  (37,198 tan metrik).

Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, pengeluaran getah asli menurun 12.8 peratus pada Ogos 2025  (31,285tan  metrik)  berbanding  pada Julai 2025 (35,884 tan metrik).

Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli menurun 12.9 peratus (Ogos 2024: 35,908 tan metrik).

Menurutnya, pengeluaran getah asli Malaysia pada Ogos 2025 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil (86.5%) berbanding sektor estet (13.5%).

Jumlah stok getah asli pada Ogos 2025 menurun 7.3peratus kepada 158,591 tan metrik berbanding 171,153 tan metrik pada Julai 2025.

Kilang pemproses getah menyumbangstok akhir sebanyak 82.8 peratus diikuti kilang pengguna getah (17.0%) dan estet getah (0.2%).

China kekal sebagai destinasi  utama  untuk  eksport  getah asli iaitu menyumbang 39.1 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Ogos 2025 iikuti Jerman   (16.1%), Emiriah  Arab  Bersatu(9.2%),  Amerika  Syarikat  (5.7%)  dan Portugal(3.9%).

Prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub dan benang  getah.

Produk  sarung  tangan  getah  merupakan  eksport  utama dengan nilai sebanyak RM1.2 billion pada Ogos 2025, menurun 7.7 peratus berbanding Julai 2025 (RM1.3 billion).

Analisis  perbandingan  harga  purata  bulanan  menunjukkan  lateks pekat merekodkan penurunan iaitu 0.3 peratus (Ogos
2025: 569.48 sen sekilogram; Julai 2025: 571.30 sen sekilogram) manakala sekerap meningkat sebanyak 1.3 peratus (Ogos 2025: 594.18sen sekilogram; Julai 2025:586.68 sen  sekilogram).

Trend  harga  bagi semua jenis Getah Mutu Malaysia  (G.M.M)adalah bercampur-campur iaitu meningkat 1.1 peratus  dan menurun 0.3 peratus.

The World  Bank  Commodity Price Data melaporkan harga bagi getah jenis TSR 20 (Technically  Specified Rubber) meningkat 1.6 peratus  daripada USD1.68/kg kepada USD1.71/kg dan   SGP/MYS  (Singapura/Malaysia) menurun 3.8 peratus daripada USD2.23/kg kepada USD2.15/kg.

Menurut Malaysia Rubber Board Digest keluaran Ogos 2025, Pasaran Getah Kuala Lumpur ditutup Ogos 2025 dengan prestasi bercampur-campur.

Harga disokong oleh kebimbangan mengenai pengurangan bekalan bahan mentah di negara pengeluar utama dalam keadaan cuaca basah yang berterusan, serta keyakinan baharu daripada gencatan  tarif  Amerika  Syarikat-China,  kenaikan  harga  minyak mentah dan langkah-langkah rangsangan ekonomi China yang terkini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast