Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memperluas Bantuan Am Persekolahan kepada murid miskin sehingga tingkatan 5 dengan jumlah peruntukan RM180 juta dalam Belanjawan 2026.

Sebelum ini, bantuan berkenaan hanya diberikan sehingga tingkatan tiga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan memastikan anak-anak keluarga susah mendapat pelajaran demi masa depan lebih baik.

Selain itu, katanya, sebanyak RM150 juta diperuntuk untuk Biasiswa Kecil Persekutuan untuk anak-anak sekolah.

Manakala RM870 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan untuk membekalkan makanan berkhasiat kepada 870,000 murid.

Beliau turut mengumumkan semua 5.2 juta murid sekolah kerajaan akan menerima RM150 Bantuan Awal Persekolahan dengan peruntukan RM800 juta.

Cuma, mulai 2026, penyaluran bantuan akan dibuat di sekolah melalui guru kepada ibu bapa bagi memastikan hubungan baik antara guru dan ibu bapa demi pendidikan lebih baik anak-anak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast