Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bersama jemaah menteri pada pembentangan Belanjawan 2026 Malaysia MADANI di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 10 OKTOBER 2025

KUALA LUMPUR – Kerajaan menetapkan sembilan Tekad Utama berpaksikan tiga tonggak Ekonomi Madani dalam Belanjawan 2026 yang menyemangati Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi mengangkat tema Belanjawan Madani keempat iaitu Belanjawan Rakyat setelah berani mengusung reformasi dan kini masanya memulangkan semula hasil kepada rakyat terbanyak.

“Belanjawan pada kali ini juga menandakan lembaran pertama RMK13 yang tidak sekadar berfungsi sebagai perencanaan kewangan tahunan tetapi merupakan kompas sejarah untuk era mendatang.

“Belanjawan Madani Keempat adalah saksi bahawa kita memilih jalan kebangkitan dan pembaharuan nasional (national rejuvenation) yang menyeluruh,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast