Seorang duda ditahan selepas disyaki merogol anak perempuannya yang berusia 11 tahun dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Langkap, Teluk Intan, Perak.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, suspek berusia 47 tahun itu ditahan pada 28 September lalu selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.31 pagi hari sama.















