Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri KAsar (KDNK) global pada tahun 2026 diunjur 3.1%, disokong oleh aktiviti perdagangan kukuh pada separuh pertama 2025, pemulihan kewangan global dan langkah fiskal bersasar di beberapa ekonomi utama.

Menurut Laporan Ekonomi, kadar pengembangan ini kekal di bawah purata prapandemik sebanyak 3.7%, menandakan pemulihan stabil namun masih terdedah kepada risiko.

Bagi ekonomi maju, pertumbuhan dijangka kekal sederhana 1.6%.

Amerika Syarikat (AS) diunjur berkembang 1.9% pada 2025 sebelum meningkat 2% pada 2026 man akala Kawasan Euro dijangka mencatat pertumbuhan 1% pada 2025 dan 1.2% pada 2026 dan Jepun lebih perlahan daripada 0.7% pada 2025 dan 0.5% tahun 2026.

Pasaran baru muncul dan ekonomi sedang membangun (EMDE) kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan global dengan pengeluaran diunjurkan 4.1% pada 2025 dan 4% pada 2026.

China dijangka berkembang 4.8% pada 2025 sebelum menyederhana kepada 4.2% pada 2026 apabila sokongan dasar berkurangan dan India diramal mengekalkan momentum kukuh dengan pertumbuhan 6.4% bagi kedua-dua tahun disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan.

Perdagangan global diunjur berkembang 2.6% pada tahun 2025 sebelum perlahan 1.9% pada tahun 2026 kesan aktiviti perdagangan yang dilakukan lebih awal semakin reda.

Aliran pelaburan langsung asing juga dijangka kekal perlahan hingga 2026, dipengaruhi ketegangan geopolitik, peralihan rantaian bekalan, ketidaktentuan fiscal yang menjejaskan sentimen pelabur.

Trajektori inflasi global dijangka terus menurun dengan purata 4.2% pada 2025 dan 3.6% pada 2026, kekal melebihi sasaran di AS.

Propek risiko global kekal pada aliran menurun disebabkan peningkatan tarif baharu, gangguan geopolitik dalam aliran tenaga dan perdagangan, ketidakseimbangan fiskal berpanjangan serta ketidaktentuan pasaran kewangan global. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast