KUALA LUMPUR – Pasaran buruh dijangka kekal optimistik pada 2026 didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan pertumbuhan berterusan dalam sektor utama ekonomi.
Pertumbuhan ini juga disokong oleh lonjakan aktiviti pelancongan berikutan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan pelaksanaan pelaburan awam yang strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Laporan Tinjauan Ekonomi berkata, penerusan pembaharuan struktural khususnya berkaitan mekanisme penetapan gaji dan usaha menambah baik persekitaran pekerjaan dijangka menggalakkan lebih banyak penyertaan tenaga buruh dan meningkatkan kesejahteraan pekerja.
Walaupun ketidaktentuan dalam perdagangan global masih berterusan dan berpotensi menjejaskan penggajian pekerja dalam industri berorientasikan eksport dan komoditi, namun pertumbuhan kukuh dalam sektor berorientasikan domestik dijangka mengekalkan pertumbuhan kukuh dalam sektor berorientasikan domestik dijangka mengekalkan pertumbuhan guna tenaga dan gaji.
Sehubungan itu, kadar pengangguran dijangka kekal 3% pada tahun 2026 manakala jumlah guna tenaga diunjur berkembang sebanyak 2.3% kepada 17.2 juta orang dipacu oleh pewujudan pembuatan yang dijangka menyumbang lebih 80% daripada jumlah keseluruhan guna tenaga.
Bilanga pekerja asing berkemahiran rendah dijangka berkurang disebabkan kawalan ketat terhadap kelulusan permohonan kuota mengikut kes-kes tertentu bagi sektor yang diluluskan seperti pertanian, pembinaan dan industri perkhidmatan terpilih.
Kerajaan juga kekal komited untuk mengurangkan kebergantungan pekerja asing dengan mengehadkan siling penggajian sedia ada iaitu 15% kepada 10% daripada jumlah guna tenaga seperti yang digariskan dalam RMK13.
Pelaksanaan mekanisme levi pelbagai peringkat pada 2026 dijangka terus mendorong industri beralih ke arah mekanisasi dan automasi, sekali gus mengurangkan permintaan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.
Produktiviti buruh diunjur meningkat sebanyak 2% kepada RM103,700 pada 2026 disokong oleh perkembangan dalam sektor pembinaan dan perkhidmatan. – MalaysiaGazette















