KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan menerima RM66.2 bilion tahun depan berbanding RM64.2 bilion tahun ini.
Daripada jumlah itu, hampir RM2 bilion disediakan bagi menaik taraf lebih 520 sekolah daif khususnya di Sabah Sarawak, selain membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah.
Ini termasuk membaik pulih kemudahan murid dan bilik guru susulan kejayaan membaik pulih tandas, kantin, dan musolla dalam masa singkat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, sejumlah 38 buah sekolah baharu akan dibina untuk memenuhi keperluan penduduk setempat.
Sekolah tersebut ialah:
SK Taman Perling 4, Johor Bahru, Johor
• SK Bukit Siput, Segamat, Johor
• SK Taman Setia Indah, Johor Bahru, Johor
• SK Long Ghafar 2, Kota Bharu, Kelantan
• SK Desa Damai Bentong, Pahang
• SK Sri Apas Jaya, Tawau, Sabah
• SK Sabandar, Tuaran, Sabah
• SK Alam Mesra, Kota Kinabalu, Sabah
• SK Sri Sadong, Serian, Sarawak
• SK Alam Suria, Kuala Selangor, Selangor
• SK Puchong Permai, Puchong, Selangor
• SK Taman Desa (3), Rawang, Selangor
• SMK Taman Aspira, Johor Bahru, Johor
• SMK Laman Estuari, Johor Bahru, Johor
• SMK Bandar Penawar 2, Kota Tinggi, Johor
• SMK Bandar Putra 3, Kulai, Johor
• SMK Cahaya Masai, Johor Bahru, Johor
• SMK Taman Cendana, Johor Bahru, Johor
• Kompleks Sekolah Bandar Layangkasa, Johor Bahru, Johor
• SMK Seri Pinang, Sungai Petani, Kedah
• Kompleks Sekolah Batu Berendam, Melaka
• SMK Rumbia, Melaka
• Kompleks Sekolah Anjung Gapam, Jasin, Melaka
• Kompleks Sekolah Desa Casuarina, Negeri Sembilan
• SMK Juru, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
• SMK Desa Wira, Padawan, Sarawak
• SMK Eco Grandeur, Kuala Selangor, Selangor
• SMK Kota Kemuning (2), Shah Alam, Selangor
• SMK Cyberjaya (2), Sepang, Selangor
• SMK Bukit Puchong, Sepang, Selangor
• SMK Bandar Mahkota Cheras, Cheras, Selangor
• SMK Setia Alam (2), Shah Alam, Selangor
• Kompleks Sekolah Bukit Jalil, Kuala Lumpur
• SMK Intan Baiduri, Kuala Lumpur
• SMK Putrajaya Presint 17(1), Putrajaya
• Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 6(1), Putrajaya
• SK Pendidikan Khas Kota Damansara, Selangor
• SMK Pendidikan Khas Pasir Mas, Kelantan
Projek sekolah juga akan disegerakan menggunakan bangunan sedia ada untuk kelangsungan pendidikan murid.
Pembinaan bilik darjah tambahan melalui kaedah sistem binaan berindustri (IBS) di sekolah sedia ada berjaya siap dalam tempoh maksimum enam bulan.
Sejumlah RM100 juta disediakan bagi membina bilik darjah tambahan di lebih 100 sekolah berkepadatan tinggi.
Menurutnya, sebanak 350 buah kelas prasekolah baharu juga dibina di bangunan sedia ada dengan peruntukan lebih RM100 juta bagi mengisi kekurangan kelas prasekolah.
Selain itu, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jeram,Pahang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Aik Hua, Perak juga akan dibina semula. – MalaysiaGazette
















