ISLAMABAD- Satu letupan besar kedengaran di Kabul, ibu negara Afghanistan lewat malam Khamis.
Ketua jurucakap pentadbiran interim, Zabihullah Mujahid berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
“Bunyi letupan kedengaran di Kabul namun semua orang jangan risau. Semuanya berada dalam keadaan baik dan terkawal.
“Siasatan mengenai insiden ini masih dijalankan. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini,” katanya menerusi platform X.
Dalam pada itu, penduduk-penduduk bandar tersebut turut menyatakan mereka turut terdengar bunyi letupan.
Pihak berkuasa bagaimanapun tidak mendedahkan butiran mengenai punca letupan.
Mereka juga tidak mengesahkan sama ada insiden tersebut mempunyai kaitan dengan operasi keselamatan atau serangan. -AGENSI
















