Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Pahang komited untuk memastikan semua peruntukan yang diumumkan secara khusus untuk negeri ini itu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, telus dan berkesan supaya manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, terdapat 15 projek dan inisiatif penting diumumkan untuk negeri Pahang.

Antaranya menaik taraf Lebuh Raya Kuantan–Segamat, Rompin; pembinaan jambatan konkrit di Jalan Serengkam ke Jalan Kuala Wau, Maran; memajukan kawasan Kampung Bongsu, Temerloh; menaik taraf Jalan Sungai Lembing dari Kampung Padang ke persimpangan lampu isyarat LPT1, Kuantan.

Selain itu, pembinaan Klinik Kesihatan lengkap dengan kuarters di Pos Lenjang, Lipis; membina dan membaiki jalan kampung membabitkan laluan Pos Lenjang ke Kampung Orang Asli Jernang Pos Titom, Lipis.

“Penggantian paip usang menerusi program penghasilan air tidak berhasil  (NRW) Kebangsaan; menaik taraf premis Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) di Kampung Kuala Terbol, Temerloh dan membina sekolah baharu Sekolah Kebangsaan Desa Damai, Bentong,” katanya dalam kenyataan.

“Projek-projek itu mencerminkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap keperluan rakyat Pahang kerana ia diberikan secara menyeluruh daripada pembangunan infrastruktur asas dan pendidikan, hinggalah kepada keusahawanan, kemudahan sosial dan kebajikan masyarakat luar bandar termasuk komuniti orang asli,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast