An earthquake with a preliminary magnitude of 7.1 shook southwestern Japan on Tuesday.

MANILA – Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda Manay, Davao Oriental di Filipina pada 6.27 petang Sabtu waktu tempatan, sehari selepas dua gegaran lebih kuat menggegarkan kawasan sama, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Menurut amaran dikeluarkan oleh Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs), gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km).

Kekuatan keamatan 3 direkodkan di Bandar Mati serta di Sta. Maria, Davao Occidental; Nabunturan, Davao de Oro; dan Malungon, Sarangani.

Sementara itu, Keamatan 2 dirasai di Bandar Digos, Davao del Sur; Alabel dan Kiamba, Sarangani; Tupi, South Cotabato; dan Palimbang, Sultan Kudarat.

— BERNAMA-PNA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast