Dr Muhammad Akmal Saleh.

KUALA LUMPUR – Kuasa merotan murid perlu dikembalikan kepada guru di sekolah, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh.

Tegas beliau, merotan bukan mahu membunuh.

“Sebab itu kita bersetuju untuk kembalikan semula kuasa merotan pada guru.

“Merotan itu satu bentuk pengajaran untuk diingati apa kesalahan kita supaya menjadi manusia yang beriman di masa mendatang,” katanya yang mengulas kes empat pelajar tingkatan lima merogol pelajar tingkatan tiga dalam sebuah kelas di Melaka, minggu lalu.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan kejadian rogol bergilir-gilir itu berlaku kira-kira jam 2.50 petang pada 2 Oktober lalu ketika mangsa berpatah balik ke kelas di tingkat tiga untuk mengambil bahan projek mata pelajaran Sains yang tertinggal.

Mangsa dipercayai diheret masuk ke dalam kelas sebelum dirogol dua suspek, manakala dua lagi rakan mereka menyaksikan dan merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbit.

Kejadian terbongkar petang semalam selepas ibu mangsa menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut daripada guru sekolah dan segera membuat laporan polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast