KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyambut baik sokongan Kerajaan Madani dalam memperkasakan pengangkutan awam negara, seperti yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2026, semalam.
Peruntukan RM1 billion bagi penggantian 26 unit tren LRT baharu Laluan Kelana Jaya untuk meningkatkan kecekapan operasi laluan yang paling sibuk di Lembah Klang tersebut adalah amat dialu-alukan.
Prasarana juga sambut baik sokongan Kerajaan bagi LRT Laluan Shah Alam yang kini memasuki fasa akhir kesiapsagaan menjelang pengoperasian, serta perkhidmatan RTS Link Johor Bahru–Singapura yang dijangka dibuka menjelang 1 Januari 2027.
Menurutnya, peruntukan untuk memperoleh 100 van mobiliti khas untuk pergerakan golongan Orang
Kurang Upaya (OKU) juga adalah selari dengan aspirasi Prasarana untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua golongan rakyat Malaysia.
“Peruntukan bagi inisiatif-inisiatif sektor pengangkutan awam dalam Belanjawan 2026 ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan Madani dalam memperkukuh dan memperkasakan sektor pengangkutan awam negara demi manfaat rakyat secara menyeluruh.
“Prasarana akan terus meningkatkan kecekapan operasi dengan memfokus kepada usaha penambahbaikan infrastruktur, naik taraf sistem, dan peningkatan tahap perkhidmatan secara berterusan demi menyediakan
pengalaman perjalanan yang lebih selamat, selesa dan dipercayai kepada rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette















