Kredit MINDEF

KUALA LUMPUR – Persidangan Pengurusan Tatatertib Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) Tahun 2025 berlangsung
di Citrus Hotel, Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Ia dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pertahanan, Datin Roszanina Wahab.

Turut hadir ialah Ketua Unit Integriti, Kementerian Pertahanan, Ramli Hassan bersama para pegawai dan kakitangan kementerian.

Persidangan yang dianjurkan oleh Unit Integriti, Kementerian Pertahanan Malaysia itu menghimpunkan seramai 32 orang pegawai tadbir awam dari seluruh negara.

Penganjuran program berkenaan bertujuan memperkukuh kefahaman dan kesedaran kerohanian mengenai kepentingan integriti serta tatakelola yang baik dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan.

Sepanjang tahun ini, MINDEF telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkukuh budaya integriti dalam perkhidmatan awam.

Antara inisiatif tersebut termasuk Program Pengukuhan Integriti dalam Perkhidmatan Awam, Program Smart Integriti serta Taklimat Pengurusan Tatatertib yang memberi tumpuan kepada peningkatan nilai etika dan akauntabiliti warga kerja pertahanan.

Selain itu, MINDEF turut menekankan kepentingan amalan peringatan berterusan kepada semua warga kerja agar sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang yang berkuat kuasa.

Langkah itu diambil bagi mengelakkan sebarang pelanggaran tatatertib atau tindakan perundangan yang boleh menjejaskan imej serta integriti organisasi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast