Logo ASEAN yang berada di hadapan pusat beli-belah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 21 MEI 2025

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dibenar pertimbang permohonan bekerja dari rumah (BDR) bagi pegawai terkesan kesesakan trafik semasa Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung pada bulan ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata, langkah ini merupakan antara inisiatif Kerajaan Madani dalam mengutamakan tadbir urus berdaya tahan dan prihatin, selari dengan nilai-nilai teras madani seperti kesejahteraan, ihsan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

Permohonan itu boleh dipertimbangkan bagi pegawai yang tinggal dalam radius 25 kilometer dari pejabat, yang terkesan dengan kesesakan aliran trafik sempena pelaksanaan persidangan tersebut dalam tempoh berkenaan.

“Pegawai awam yang layak disaran berhubung dengan ketua jabatan masing-masing untuk pertimbangan sewajarnya. Pelaksanaan dasar ini hendaklah berpandukan tatacara dan syarat yang telah digariskan dalam peraturan berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dasar ini, kata JPA, diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.4.1.2, bertujuan mewujudkan keseimbangan antara keperluan agensi dalam memastikan kesinambungan tugas dan keperluan pegawai dari segi kesejahteraan serta keharmonian kerja-kehidupan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast