Wan Rosdy dianugerahkan IEM Honorary Fellow Award’ oleh Institut Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Pahang sempena Majlis Jamuan Malam Jurutera & Anugerah Kecemerlangan IEM Pahang 2025 baru-baru ini.

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dianugerahkan IEM Honorary Fellow Award oleh Institut Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Pahang.

Menurut Wan Rosdy, penganugerahan itu amat bermakna sebagai pengiktirafan kepadanya tetapi komitmen dan sokongan berterusan bukan sahaja kepadai usaha kerajaan negeri  terhadap pembangunan bidang kejuruteraan serta usaha memperkasa infrastruktur negeri.

“Terima kasih kepada Institut Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Pahang atas penganugerahan IEM Honorary Fellow Award dianugerahkan kepada saya dalam Majlis Jamuan Malam Jurutera & Anugerah Kecemerlangan IEM Pahang 2025 baru-baru ini.

”Malah kerajaan negeri amat menghargai kerjasama erat antara IEM Pahang, agensi kerajaan dan pihak industri dalam memacu kemajuan teknologi dan kejuruteraan yang mampan di Negeri Pahang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Rosdy berharap semoga kerjasama strategik itu terus diperkukuh demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk  Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) atas pemilihan Daerah Jerantut sebagai lokasi pelancaran peringkat kebangsaan.

Majlis Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2025 yang dirasmikan oleh Datuk Seri Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat yang diadakan di Jerantut, hari ini

Ujarnya, ia satu pengiktirafan besar buat Pahang melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri kini berada dalam keadaan siap siaga menghadapi Monsun Timur Laut 2025/2026.

”Kesiapsiagaan bukan sekadar tindakan ketika bencana berlaku tetapi satu budaya yang mesti dipupuk setiap masa. Apabila rakyat peka, agensi bersedia dan keputusan dilaksana dengan cepat serta teratur, insya-Allah negeri ini akan selamat, makmur dan berdaya tahan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast