Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan dua lori di Jalan Kempas Baru di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 12.30 tengah hari.

“Kemalangan tersebut melibatkan motosikal jenis Yamaha 135LC yang tunggang mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 35 tahun dengan lori jenis Daihatsu Delta dan lori Nissan dipandu lelaki tempatan berusia 48 dan 50 tahun.

“Kemalangan berlaku apabila motosikal melanggar belakang sebelah kanan lori Daihatsu Delta yang diletakkan di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, akibat pelanggaran tersebut penunggang berkenaan terjatuh atas jalan sebelum lori Nissan melanggar pula mangsa kerana tidak sempat mengelak.

Akibat kemalangan tersebut katanya, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara kedua-dua pemandu lori tersebut katanya, tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu melulu dan membahayakan.

Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut agar menghubungi dan menyalur maklumat kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Noor Azlina Abdul Raof 013-2864878.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast