JOHOR BAHRU – Rakyat Johor tidak perlu panik dengan penularan kes Influenza membabitkan sembilan kluster dan satu kes yang berlaku di sebuah sekolah, di sini, baru-baru ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mokhtar Pungut@Ahmad berkata, perkara yang perlu mereka lakukan adalah segera mendapatkan rawatan sekiranya dikesan mempunyai gejala atau simptom penyakit berkenaan.
“Influenza ini sebenarnya penyakit yang biasa seperti selesema. Jika ada gejala, dapatkan rawatan segera dan amalkan etika batuk serta pemakaian pelitup muka.
“Sekiranya melibatkan institusi ataupun sekolah yang terkena, pihak sekolah ataupun institusi perlu memaklumkannya segera kepada jabatan kesihatan daerah terdekat untuk kita buat tindakan kawalan segera,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Mentari Johor Bahru dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 di UTC Johor Bahru, di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr Marina Abd Rahman Sabri.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon dilaporkan berkata, sebuah kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Permas Jaya 2, di sini.
Bagaimanapun katanya, setakat ini jangkitan Influenza di negeri ini masih terkawal, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dan Pihak Kesihatan Daerah (PKD) akan sentiasa mengambil tindakan proaktif untuk mengawal penularannya.- MalaysiaGazette
















