Foto: JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja kontraktor Tenaga Nesional Berhad (TNB) warga Bangladesh mati tertimbus di dalam tanah ketika membuat kerja-kerja di tapak di Cybersouth, Dengkil, Selangor hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar menerusi kenyataan berkata, rakan sekerja mangsa yang juga warga Bangladesh patah tangan dalam insiden tersebut.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 4.19 petang dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dengkil dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang tertimbus disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM di lokasi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast