Ketua Pemuda UMNO mempersoalkan pendirian Kementerian Pendidikan (KPM) yang menolak penggunaan rotan sebagai alat mendidik meskipun dua kejadian melibatkan pelajar sekolah berlaku.
Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menjelaskan bahawa sistem dahulu yang mengunakan rotan bertujuan mendidik mampu membentuk keperibadian dan kemenjadian seseorang sehingga hari ini.















